Jue Ready Made menjalankan aktiviti menjual 2 jenis "Main Killer Product" yang boleh di jadikan santapan/buah tangan atau hadiah kepada tetamu untuk sesuatu majlis.Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan mengikut kualiti produk.
Jue Ready Made beroperasi penuh secara online/home made dan dan 100% HALAL.



Produk Utama Jue Ready Made

Blueberry/Coklat/Strawberry/Kiwi/Orrange Cheese Tat

Kek Coklat Moist "KUkus" dgn Topping Coklat.



Selain tu ada juga produk sampingan yg jue buat antaranya, Apam Polkodot pelbagai design, Apam Ice-Cream, Apam mekar, Apam indon, Apam pelangi, Pelbagai jenis Kek Marble, dan Kek utk Hari Jadi.



Saturday, May 11, 2013

BAHULU PECAH LAPAN









Bahulu Bunga Pecah lapan
 
Bahan-bahannya:-

380gm tepung gandum (disangai dengan api perlahan terlebih dahulu)

50gm tepung ubi (disangai dengan api perlahan)

1/8 st serbuk penaik (campurkan dengan tepung dan ayak bersama)

10 biji telur

550gm gula pasir

1/2 sudu teh esen vanilla

30gm coklat urai

sedikit minyak


Cara membuatnya:-

1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan putih (saya putar dalam 30-35 minit dengan kelajuan sederhana)

2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.

4. Panaskan acuan kemboja dalam ketuhar pada kepanasan 220 c dengan api atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak.

5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan dan taburkan coklat urai diatasnya.

6. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga kekuningan dan masak (ia bergantung kepada jenis oven, testing bakar satu acuan dulu untuk dapatkan tempoh masa yang tepat).

7. lepas bakar dan keluarkan bahulu, sapu sedikit minyak lagi pada acuan supaya ia mudah dikeluarkan. Ulang sentiasa supaya ia tidak melekat.

No comments:

Post a Comment