Jue Ready Made menjalankan aktiviti menjual 2 jenis "Main Killer Product" yang boleh di jadikan santapan/buah tangan atau hadiah kepada tetamu untuk sesuatu majlis.Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan mengikut kualiti produk.
Jue Ready Made beroperasi penuh secara online/home made dan dan 100% HALAL.



Produk Utama Jue Ready Made

Blueberry/Coklat/Strawberry/Kiwi/Orrange Cheese Tat

Kek Coklat Moist "KUkus" dgn Topping Coklat.



Selain tu ada juga produk sampingan yg jue buat antaranya, Apam Polkodot pelbagai design, Apam Ice-Cream, Apam mekar, Apam indon, Apam pelangi, Pelbagai jenis Kek Marble, dan Kek utk Hari Jadi.



Saturday, May 11, 2013

BAHULU PECAH LAPAN









Bahulu Bunga Pecah lapan
 
Bahan-bahannya:-

380gm tepung gandum (disangai dengan api perlahan terlebih dahulu)

50gm tepung ubi (disangai dengan api perlahan)

1/8 st serbuk penaik (campurkan dengan tepung dan ayak bersama)

10 biji telur

550gm gula pasir

1/2 sudu teh esen vanilla

30gm coklat urai

sedikit minyak


Cara membuatnya:-

1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan putih (saya putar dalam 30-35 minit dengan kelajuan sederhana)

2. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.

4. Panaskan acuan kemboja dalam ketuhar pada kepanasan 220 c dengan api atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak.

5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan dan taburkan coklat urai diatasnya.

6. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga kekuningan dan masak (ia bergantung kepada jenis oven, testing bakar satu acuan dulu untuk dapatkan tempoh masa yang tepat).

7. lepas bakar dan keluarkan bahulu, sapu sedikit minyak lagi pada acuan supaya ia mudah dikeluarkan. Ulang sentiasa supaya ia tidak melekat.

Sunday, December 16, 2012

Percutian Keluarga...di Cameron Highlands

Perjalanan family ku ke Cameron highlands....untuk percutian kali ini kami sekeluarga memilih Cameron sbb anak2 teringin nk merasa petik strawberry. Memang segala usaha pendapatan saya part time di rumah untuk family dan anak2. So, saya dan hubby bersetuju untuk kesana. Setelah pelbagai persiapan dilakukan...tepat pukul 8 mlm, kami bertolak dr rumah. Oleh kerana saya x memasak untuk membawa bekalan...kami berhenti mengisi perut di Restoran Jejantas Sg.Buluh.

Hampir 1 jam ...selepas kami bersolat...kami meneruskan perjalanan kami terus menuju ke Cameron. Dalam kesejukan air-cond, anak2 pun terlena. Tinggal saya n hubby melayan muzik Era meeruskan perjalanan ke destinasi. Alhamdulillah...perjalanan kami x mengahdapi sebarang kesukaran dan kami tiba lebih kurang pukul 1 pagi. Kami terus ke Hotel penginapan kami di Brinchang. Oleh kerana kepenatan teramat sgt...kami terus tidur.

Tepat pukul 6.30 pagi saya terjaga menunaikan solat subuh dan megejut semua utk bersiap nk meneruskan aktiviti. (gambar di bawah :wajah anak2 baru bgn tido)


Ya Allah...indahnya ciptaan Allah. Terasa kerdil sungguh diri ini bila melihat segala yg ada di bumi Allah ini. Permandangan ini di ambil sewaktu pagi sebelum kami keluar dr bilik penginapan.

Kami berjalan menuju ke pasar pagi. Awal pagi lg dah mula sesak Cameron ni....


Perkara pertama kami buat, kami isi perut dulu. Sebab lps nie byk lg tempat nk dituju. So,kami mkn di sebuah kedai makan Esah yg terletak dlm kawasan pasar pagi ni. Ya Allah...ada satu kejadian yg kurang menyenangkan di restoran ini. (Saya akan ceritakan nanti). Selepas makan, kami meronda pasar pagi.
Memang terlalu byk sayur-sayuran segar. Bestnya kalau duduk kt sini. Hari2 masak sayur segar.Mcm2 jenis ada,harga pun berpatutan. Kesejukannya sampai ke tulang...mmg perlu memakai pakaian yg sesuai bila berada di sini. Ada org kata pada saya, Cameron sekarang x mcm dulu. Dah x sejuk. Tapi saya alami sendiri, cuaca sejuk ini masih kekal.


Habis Membeli ole-ole dan bekalan sayur.....kami pulang ke Hotel. Berehat jap..sbb nk check out dh...
nk terus turun ke Tanah Rata sambil menyinggah semua tempat2 menarik di sini.


Friday, December 7, 2012

Kek Harijadi, Pertunangan dan perkahwinan...












Cara Buat Kulit Tart.....

Adunan Siap!!!!

Ambil sedikit adunan dan buat bulat...

Leperkan adunan tadi guna tgn jer....make sure sama tebal

Masukkan dlm acuan....Tekan mengikut acuan.

Bila sudah terbentuk, buang lebihan tepung di bhgn tepi

Kemaskan tepi agar terbentuk cantik jer.....
Pastu...bakar...

Kerak boleh di buat awal n simpan dlm bekas kedap udara....
Tapi make sure sebelum digunakan, bakar semula, skejap jer..
utk make sure lebih crunchy.

Isi filling apa yg berkenan dihati....

Isi Cheese yg dh dibancuh tadi....

Jgn Lupa lukisan atasnya....biar nmpak cantik n menarik...
Dah siap, bolehlah...NGAP!!!!
Tapi kalau utk customer, dh boleh packing.


Crepe Durian..Fenomena Bila Musim Durian..

 Ini lah rupa crepe durian ....

 Yang ni semua tempahan orang....
 Makan selepas disejukkan dlm peti ais...lg mengancam rasanya
 Gebu...mcm bantal
Ready to pick-up....

Colurfull....menarik perhatian

Sunday, October 21, 2012

Perjalanan Bizz Ku...

Betul kata org.."bukan senang nk senang". Tapi cukup senang kalau nk susah. Jue di lahirkan dr keluarga yg sederhana. Berpendidikan Diploma ...Syukur pada Allah atas rezeki-NYa pada ibu dn bapaku sehingga mereka mampu hntar aku belajar setinggi yg boleh. Jue memang minat buat Bizz...ikut mcm mak jue. Apa jer yg boleh diniagakan, mak pasti usaha.

Kalau nk di ceritakan kepahitan dan kesusahan hidup, setahun x habis. so, jue jadikan tu sebagai dorongan untuk jadi lebih berdaya usaha utk mencapai kejayaan. Bukan khususnya amik Bakeri semasa belajar di peringkat Diploma. Baru Last year minat berputik nk blajar mcm2 produk bakeri. Habiskan masa 1 year pusing mana2 tempat yg tawarkan kursus bakeri mcm Kedai bagus Baking Solution Cntre, Kolej Komuniti Klang/Banting...dn byk lg. Balik jer kelas..buat utk testimoni. Bagi Family rasa...komennya Positif. Pastu bg kt saudara mara bila ada kenduri kendara,...jawapannya positif. Hati rasa riang jer..kalau org suka makan.

Pada tahun nie..11 haribulan MEI baru ju beranikan diri utk amik tempahan...Masa tu ju fokuskan apam polkodot jer. mcm2 design n warna ju buat. tapi jue tetap menuntut ilmu lagi ..tetap pg kursus kesana kemari. Akhirnya ju sampai ke tahap nie...
Pencapaian jue boleh banggakan...Jue dh dpt beli oven besar sendri, Oven Kek Lapis Serawak yg betul2 dtg dr Serawak..., Jue dapat simpan stok barangan bakeri jue yg bertambah setiap bulan dan yg paling BEST...dh boleh hulur duit belanja pada Mak n Ayah secara Konsisten.Itu saat yg paling happy.

Doa jue, moga semua ini berterusan,mendapat limpahan reseki dari Allah tanpa putus agar jue boleh buat insan2 yg ju sayang menikmati apa yg ju usahakan nie.

Testimoni Pelanggan...

Salam mesra dr jue...buat semua customer yg sudi melihat ruangan nie. Juga x lupa pada yg sudi beli produk homemade jue.Jue dlm proses utk mengumpul data2 pelanggan yg membeli dgn jue dn mendapatkan fedback balik dr anda. So, salah satu cara ju nk pantau ialah dgn membuat ruangan testimoni nie. So, mohon pada pelanggan ygpernah membeli produk jue, harap sgt dpt share kat sini. Komen dan pandangan anda boleh buat ju belajar lebih apa yg kurang dan apa yg silap.

Contohnya: ini antara komen2 customer di FB

Ayish Khalis Jue, mmg sedap cis tart ko... ankk2 akk pun suke...trmasuk ibunyee... heheeh...buat la kelas lg cis tart ye jue... Ank akk tnye selain perasa blueberi ade perasa lain x Jue?
Zarina Basri anak akk lg best leh ckp " mama snggup mama mkn biskut ni?? pnat org 2 buat cantik2 mama ngap cm2 jew?? dlm ati ni ckp gak aku beli ni wat pe kalo xmkn.. sabo btl anak aku ni.. hehe..:)smile

Ganjaran Utk Repeat Customer...

Jue hargai sokongan kawan2 yg sudi membeli produk jue especially Cheese tart. Kata mereka yg istimewa cheese tart ju adalah "crust" nya. Happy rasanya bila org suka apa yg kita buat. Crust jue ada 3 kategori...biasa,crunchy (Brown Skit),extra crunchy (Extra Brown,tp bukan hangit yer...). Mostly request memang Extra Crunchy....Tu kelebihan buat Crust sndri dr beli kt kedai bakeri.

Yang ju nk Story nie... tentang tawaran/ganjaran pada yg repeat order kali ke-5, ju dgn rasa sukacita nk bagi VOUCHER RM5 yg x boleh tukar dgn wang tapi dpt extra 5 biji Blueberry Cheese tart (RM5) sbgai tanda terima kasih atas sokongan anda. Kalau Order kali yg ke -10...maka VOUCHER RM10 juga x boleh di tukar ngan wang tp dapat extra Cheese tart 10 biji (rm10).

Syarat2nya:-
*Jue akan rekod atas nama seorang pembeli saja...kalau beli bg pihak x dibenarkan. itu di kira pembelian org lain.
* Pembelian ke 5 dan ke-10, automatik ju akan bagi extra.....

Kek Coklat Moist "KUKUS"....