Perjalanan family ku ke Cameron highlands....untuk percutian kali ini kami sekeluarga memilih Cameron sbb anak2 teringin nk merasa petik strawberry. Memang segala usaha pendapatan saya part time di rumah untuk family dan anak2. So, saya dan hubby bersetuju untuk kesana. Setelah pelbagai persiapan dilakukan...tepat pukul 8 mlm, kami bertolak dr rumah. Oleh kerana saya x memasak untuk membawa bekalan...kami berhenti mengisi perut di Restoran Jejantas Sg.Buluh.
Hampir 1 jam ...selepas kami bersolat...kami meneruskan perjalanan kami terus menuju ke Cameron. Dalam kesejukan air-cond, anak2 pun terlena. Tinggal saya n hubby melayan muzik Era meeruskan perjalanan ke destinasi. Alhamdulillah...perjalanan kami x mengahdapi sebarang kesukaran dan kami tiba lebih kurang pukul 1 pagi. Kami terus ke Hotel penginapan kami di Brinchang. Oleh kerana kepenatan teramat sgt...kami terus tidur.
Tepat pukul 6.30 pagi saya terjaga menunaikan solat subuh dan megejut semua utk bersiap nk meneruskan aktiviti. (gambar di bawah :wajah anak2 baru bgn tido)
Ya Allah...indahnya ciptaan Allah. Terasa kerdil sungguh diri ini bila melihat segala yg ada di bumi Allah ini. Permandangan ini di ambil sewaktu pagi sebelum kami keluar dr bilik penginapan.
Kami berjalan menuju ke pasar pagi. Awal pagi lg dah mula sesak Cameron ni....
Perkara pertama kami buat, kami isi perut dulu. Sebab lps nie byk lg tempat nk dituju. So,kami mkn di sebuah kedai makan Esah yg terletak dlm kawasan pasar pagi ni. Ya Allah...ada satu kejadian yg kurang menyenangkan di restoran ini. (Saya akan ceritakan nanti). Selepas makan, kami meronda pasar pagi.
Memang terlalu byk sayur-sayuran segar. Bestnya kalau duduk kt sini. Hari2 masak sayur segar.Mcm2 jenis ada,harga pun berpatutan. Kesejukannya sampai ke tulang...mmg perlu memakai pakaian yg sesuai bila berada di sini. Ada org kata pada saya, Cameron sekarang x mcm dulu. Dah x sejuk. Tapi saya alami sendiri, cuaca sejuk ini masih kekal.
Habis Membeli ole-ole dan bekalan sayur.....kami pulang ke Hotel. Berehat jap..sbb nk check out dh...
nk terus turun ke Tanah Rata sambil menyinggah semua tempat2 menarik di sini.